Peluang Jana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi!
Jika anda seorang lepasan SPM atau sedang belajar di IPT, mungkin anda terfikir apakah peluang terbaik untuk dapatkan
income secara lumayan. Anda mungkin tidak mahu jadi terlalu kaya-raya, tetapi kalau boleh beli motor,
laptop,
smartphone,
pakaian atau apa-apa sahaja keperluan, apa salahnya mencuba satu
peluang bisnes mudah yang mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya
RM500 sebulan.
Tidak kira sama ada anda : -
- baru habis sekolah dan sedang tunggu keputusan SPM
- masih belajar di sekolah, kolej atau universiti
- siswazah yang masih terkial-kial mencari pekerjaan tetap
- ada pekerjaan tetapi mahu cari peluang tambah pendapatan
- ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi usahawan part-time dengan satu kemahiran hebat.
- Minat dengan fotografi tetapi tak tahu langsung bagaimana untuk jadikannya satu sumber pendapatan.
- Ataupun sedang cari idea bisnes untuk bermula.
Fotografi Ialah Satu Bisnes Yang Paling Mudah dan Paling Cepat Untuk Buat Duit.
Tahukah anda?. Dengan
fotografi kahwin sahaja, anda boleh dapat RM500 – RM1000 sebulan dalam
tangan kerana fotografi jenis ini ialah yang paling popular dan
mempunyai permintaan yang sangat tinggi di mana-mana negara sekalipun.
Yang penting anda perlu tahu selok-belok bagaimana untuk bermula.
Apakah peralatan kamera DSLR paling
basic anda perlu miliki walaupun dengan bajet yang sedikit?
Anda tahu cara untuk
bermula, bagaimana nak buat iklan dengan modal RM10 sahaja dan pandai
meniru – mudah sahaja untuk anda dapat panggilan dari pelanggan untuk
tempahan dan bayaran deposit. Tetapi mungkin anda masih skeptikal. Jika
jana pendapatan dengan fotografi adalah semudah itu sahaja, mengapa
ramai yang tidak merebut peluang ini?
Ini Kerana, Terdapat Beberapa Mitos Tentang Bisnes Fotografi.
Ramai orang masih mempercayai bahawa bisnes fotografi ialah untuk
mereka yang sangat mahir dalam seni fotografi dan perlu mempunyai
sekurang-kurangnya diploma atau ijazah berkaitan bidang ini. Mitos ini
ada sedikit kebenarannya tetapi kurang tepat secara keseluruhan.
Sesiapa sahaja yang pernah menyimpan hasrat untuk menjalankan bisnes
fotografi, pasti akan terfikir tentang beberapa cabaran iaitu : -
- Perlu ada modal yang besar
- Perlu ada diploma atau ijazah fotografi
- Perlu ada pejabat dan studio
- Perlu ada set kamera DSLR yang canggih dan mahal
- Perlu ada ramai kenalan dalam industri fotografi
Kesemua mitos ini adalah tidak benar sama sekali. Jika anda tahu
apakah sebenar rahsia untuk memulakan bisnes fotografi, anda akan
terkejut dan kemudian berasa lega mengapa ramai orang tidak
mengetahuinya.
Mengapa Bisnes Fotografi Sangat Mudah?
Jika anda telah baca sampai ke barisan ini, itu bermakna anda
merupakan salah seorang peminat fotografi. Mungkin anda telah memiliki
satu set kamera DSLR ataupun mungkin anda sedang menyimpan hasrat untuk
membeli sebuah kamera.
Tetapi alang-alang anda berminat dengan fotografi, apa salahnya jika
anda menjadikannya sebagai satu peluang bisnes di samping menimba
banyak pengalaman baru untuk menjadi lebih pro. Fotografi ialah satu
bisnes yang sangat menguntungkan sekiranya anda tahu rahsia-rahsia yang
tidak diketahui ramai.
Mengapa bisnes fotografi sangat mudah?
#1. Permintaan Pasaran Yang Luas
Banyak kenduri kahwin diadakan setiap minggu. Cuba anda kaji di
sekitar tempat anda tinggal pada musim cuti sekolah dan kira berapa
banyak khemah majlis perkahwinan dipasang?
Itu tidak termasuk majlis bertunang. Pasaran fotografi terutamanya
dalam genre perkahwinan dan pertunangan mendapat permintaan yang tinggi
sehingga bakal pengantin sukar mencari khidmat jurufoto.
Pendek kata, bukan jurufoto yang mencari klien tetapi sebaliknya
klien yang mencari jurufoto. Itulah dilema dalam industri fotografi di
Malaysia di mana kekurangan jurufoto berkebolehan untuk menampung
permintaan khidmat fotografi. Anda boleh rebut peluang ini sekiranya
anda bermula hari ini.
Selain daripada perkahwinan, khidmat fotografi banyak diperlukan
dalam fotografi acara seperti hari keluarga, majlis perasmian, seminar,
makan malam dan sebagainya. Fotografi acara mendapat banyak permintaan
dari sektor kerajaan dan swasta. Buat masa ini perniagaan fotografi
acara banyak di dominasi oleh jurufoto bukan Melayu.
Khidmat fotografi juga diperlukan oleh usahawan-usahawan kecil dan
sederhana (IKS) untuk pengiklanan produk keluaran mereka. Genre ini
dikenali sebagai fotografi pengiklanan. Anda boleh jana keuntungan
lumayan dengan membuat fotografi untuk produk seperti makanan,
kosmetik, kesihatan dan banyak lagi.
Terdapat banyak lagi genre fotografi yang menguntungkan boleh anda
ceburi di Malaysia tetapi yang paling mudah, cepat dan menguntungkan
ialah fotografi kahwin.
#2. Sangat Menguntungkan
Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia : -
- Engagement – RM600 – RM1,000
- Wedding (basic) – RM800 – 1,200
- Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
- Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
- Birthday party (basic) – RM600
- Birthday party (standard) – RM1,200
- Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
- Product (per item) – RM100 – RM300
- Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
- Event (half-day) – RM400
- Event (full-day) – RM800
- Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
- Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
- Staff profile (per staff) – RM50 – RM100
Kalau sebulan anda boleh dapat dua
wedding photography, dua
event, satu
birthday party
– RM4,000 sudah ada dalam tangan. Jika anda telah berpengalaman dan
tahu selok-belok industri ini tidak mustahil untuk anda dapatkan tender
fotografi majlis graduasi dari taska, kolej dan universiti.
Contoh Keuntungan Untuk Fotografi Majlis Konvokesyen: -
Seorang siswazah anda caj RM200 untuk
graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan
frame +
glass.
Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang
pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat
bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera,
strobe set,
backdrop, cetakan dan
framing anda masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!
Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya
anda bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut
harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang
setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, anda
berpeluang untuk menceburinya sekiranya anda tahu langkah-langkah yang
betul untuk bermula dan mengembangkannya.
#3. Fleksibel
Kerja sehari kenyang sebulan! Itu untuk fotografi pekahwinan. Jika
anda dapat projek fotografi majlis konvokesyen, bukan setakat kaya
sepanjang tahun, malah anda boleh beli kereta baru secara tunai. Tidak
pun anda boleh beli rumah kos sederhana yang baru!
Berbeza dengan kerja bergaji anda perlu berulang-alik ke tempat
kerja setiap hari, kerja membosankan, kena marah dengan bos, minyak
kereta yang mahal dan bermacam-macam lagi cabaran hidup. Tapi gaji masih
tak cukup untuk menampung keperluan hidup anda.
Dengan bisnes fotografi anda dapat kebebasan mutlak di samping
bayaran yang lumayan. Bekerja hari minggu kalau untuk perkahwinan,
bertunang dan sebagainya. Dapat satu
wedding photography sebulan sudah mencukupi untuk belanja sebulan.
Lebih baik jika anda terima kerja fotografi sebanyak yang mungkin,
ianya boleh menjadikan poket anda semakin tebal. Jika anda mahu fokus
kepada fotografi perkahwinan sahaja, anda hanya perlu guna tulang empat
kerat pada hari minggu.
#4. Tak Perlu Modal Besar
Dengan RM3,000 anda boleh beli sebuah iPhone baru tapi apa
keuntungan yang anda dapat? Mungkin rasa bangga dan megah boleh tayang
pada kawan-kawan. Beberapa bulan kemudian anda akan berasa bengang
kerana model iPhone lebih baru dikeluarkan di pasaran pada harga yang
sama dan iPhone anda telah menjadi ketinggalan.
Tetapi dengan RM1,200 sahaja anda boleh dapatkan set kamera DSLR (jenis
beginner) termasuk
manual speedlite. Dua benda ini sahaja sudah cukup untuk anda lakukan beberapa kerja fotografi seperti
wedding,
engagement,
event,
birthday party dan lain-lain.
Dalam banyak-banyak
electronic gadget, kamera DSLR ialah
yang paling menguntungkan kerana anda beli sekali sahaja tetapi boleh
buat duit berkali-kali setiap bulan. Anda tak perlukan kamera DSLR
jenis canggih untuk bermula sekiranya anda tahu apakah rahsia sebenar
bisnes fotografi.
#5. Kekurangan Jurufoto
Permintaan semakin meningkat tetapi penawaran masih tidak berubah.
Itulah realiti industri fotografi di Malaysia, tak cukup jurufoto. Pada
hari ini, adalah amat sukar untuk seseorang mendapatkan khidmat
fotografi tanpa membuat tempahan 2 atau 3 bulan lebih awal.
Contohnya, jika anda mahu berkahwin 1 bulan lagi dan baru hendak
mencari jurufoto, ianya mungkin akan jadi satu masalah besar kerana
kebanyakkan jurufoto yang berhampiran lokasi anda sudah penuh ditempah.
Lebih-lebih lagi jika tiba musim kahwin (cuti sekolah).
Letakkan situasi ini di mana anda sebagai seorang jurufoto, berapa
banyak peluang sedang mencari anda? Pasti tak menang tangan untuk anda
terima kerja fotografi daripada ramai klien setiap minggu. Jangan
terkejut ada jurufoto amatur yang pandai dalam
internet marketing mampu mendapat tawaran sehingga 13
wedding photography pada satu musim sekolah sahaja.
Jika anda tahu bagaimana cara nak
marketkan khidmat fotografi anda sama ada secara
online atau biasa, tiap-tiap minggu anda boleh dapat satu atau dua
job.
Itu baru fotografi kahwin. Genre-genre lain yang lebih menguntungkan
juga memerlukan ramai jurufoto dan anda boleh rebut peluang ini.
#6. Bisnes Untuk Sesiapa Sahaja
Masih bersekolah? Lepasan SPM? Belajar di IPT? Menganggur? Bekerja? –
tiada perbezaan langsung kerana sesiapa sahaja yang ada minat dengan
fotografi boleh melakukannya.
Anda tak perlu modal besar. Anda tak perlu pejabat atau studio. Anda
tak perlu komputer canggih. Anda tak perlu banyak peralatan untuk
bermula. Anda tak perlu belajar sijil, diploma atau ijazah fotografi.
Anda tak perlu jadi pro untuk bermula.
Credit to:
Lightworks Picture™