Showing posts with label bisnes dropship. Show all posts
Showing posts with label bisnes dropship. Show all posts

 

Salam sejahtera semua! Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips dan teknik yang boleh anda gunakan untuk menutup jualan melalui whatsapp. Whatsapp adalah salah satu aplikasi komunikasi yang paling popular di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Ia membolehkan anda berhubung dengan pelanggan anda secara mudah, cepat dan mesra. Tetapi bagaimana anda boleh mengubah pelanggan yang berminat menjadi pelanggan yang membeli? Ini adalah soalan yang sering ditanya oleh ramai usahawan online yang menggunakan whatsapp sebagai medium pemasaran mereka.


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk meningkatkan kadar penutupan jualan anda melalui whatsapp:


1. Kenali keperluan dan masalah pelanggan anda. 

Sebelum anda menawarkan produk atau perkhidmatan anda kepada pelanggan, anda perlu tahu apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka hadapi. Anda boleh bertanya soalan-soalan terbuka seperti "Apa tujuan anda mencari produk ini?" atau "Apa masalah utama yang anda alami sekarang?" Dengan ini, anda boleh mengetahui apa yang menjadi motivasi dan kepentingan pelanggan anda.


2. Tunjukkan manfaat dan nilai produk atau perkhidmatan anda. 

Selepas anda mengetahui keperluan dan masalah pelanggan anda, anda boleh mula menunjukkan bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh membantu mereka menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat mereka. Anda boleh menggunakan teknik AIDA (Attention, Interest, Desire, Action) untuk menarik perhatian, meningkatkan minat, menjana keinginan dan mendorong tindakan pelanggan anda. Anda boleh menggunakan testimoni, bukti sosial, gambar-gambar menarik atau video pendek untuk membuktikan manfaat dan nilai produk atau perkhidmatan anda.


3. Berikan tawaran istimewa atau insentif tambahan. 

Untuk menggalakkan pelanggan untuk membuat keputusan pembelian segera, anda boleh memberikan tawaran istimewa atau insentif tambahan kepada mereka jika mereka membeli dalam tempoh masa tertentu. Contohnya, anda boleh memberikan diskaun harga, bonus percuma, penghantaran percuma atau jaminan pulangan wang kepada pelanggan jika mereka membeli dalam 24 jam atau sebelum stok habis.


4. Gunakan teknik penutup jualan yang berkesan. 

Akhir sekali, apabila pelanggan sudah bersedia untuk membeli produk atau perkhidmatan anda, anda perlu menggunakan teknik penutup jualan yang berkesan untuk mengesahkan pembelian mereka dan mengelakkan sebarang bantahan atau keraguan dari pihak mereka. Anda boleh menggunakan teknik-teknik seperti alternatif penutup (menyediakan dua pilihan kepada pelanggan), penutup pertanyaan (menanyakan soalan-soalan yang menjurus kepada jawapan ya), penutup kesaksamaan (meminta pendapat atau nasihat dari pelanggan) atau penutup asumsi (menganggap bahawa pelanggan sudah bersetuju untuk membeli).


Itulah beberapa cara close jualan melalui whatsapp yang boleh saya kongsikan dengan anda hari ini. Saya harap ia dapat membantu anda meningkatkan prestasi jualan online anda melalui aplikasi whatsapp ini.


Sekian sahaja daripada saya kali ini. Jika ada sebarang soalan atau komen mengenai topik ini,

sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.


Terima kasih kerana membaca post saya ini!


Selamat mencuba!




Kenali penyedia web hosting percuma no.1 Malaysia, LamanRasmi.com. Pakej web hosting percuma 1G dilengkapi CPanel, PHP, MySQL Database serta Softaculous app installer.
Apa pentingnya menggunakan servis hosting percuma di LamanRasmi.com ni?
  1. Yang paling penting...TIADA IKLAN TERSEMBUNYI. Pasti menjengkelkan kalau ada popup atau ad bar yang muncul di website anda kan?
  2. Dah beroperasi lebih dari 3 tahun.
  3. Untuk tempoh terhad (tak tahu sampai bila, tapi masih lg ada offer ni) Bila anda daftar plan FREE 1G, anda akan AUTOMATICALLY dapat 1G tambahan storan PERCUMA. So total 2G, cukup sangat untuk setup website company atau ecommerce anda!
  4. Dalam CPanel control panel mereka ada Apps Installer yang membolehkan anda setup pelbagai jenis website dengan sgt senang! Wordpress, Opencart, Joomla, & mcm2 lagi.
  5. Walaupun FREE, speed website anda masih lagi laju. Tapi kalau content anda berat & banyak, mungkin tak berapa sesuai...tapi boleh cuba!
  6. TIDAK PERLU maintain bayar hosting bulan2 atau setiap tahun!
  7. Dapat PERCUMA subdomain yang cun kalau anda belum ada nama domain lagi. e.g: webanda.lamanrasmi.com. Nampak professional & official tu link website anda.
  8. Boleh request kpd support team mereka untuk setupkan website pada caj yg murah & jimat.
  9. Yang penting..TIDAK PERLU maintain bayar hosting & domain. ZERO MODAL untuk permulaan empayar bisnes online anda.

http://lamanrasmi.com

http://lamanrasmi.com



Bagi rakan-rakan yg masih ragu2 & baru & ingin mencuba ceburi bisnes dropship, disini saya kongsikan beberapa cara2 senang utk anda bermula. Semuanya FREE!! anda boleh cuba setiap method di bawah dan dapatkan feedback, tak mustahil juga anda akan terus dapat order pertama!!

  • Update status facebook peribadi
Kawan-kawan kita di facebook biasanya terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada yang kita kenal rapat, ada juga yang kita kenal tidak rapat sehinggalah kepada orang yang langsung kita tidak kenal.
Update status secara umum seperti berikut;
Assalamualaikum. Ada tak sesiapa yang minat nak beli produk X? Saya boleh berikan harga istimewa. Jika berminat, boleh PM atau hubungi saya melalui whatsapp : 01X-XXX XXXX.

  • Tanya di group Whatsapp
Kita pastinya mempunyai group whatsapp samada group untuk keluarga, rakan sekolah lama, rakan gosip tempat kerja, group setaman perumahan, group sesurau/semasjid dan seumpamanya.
Gunakan group ini dengan update mesej seperti berikut; elok mulakan dgn pertanyaan, jgn sekali2 melulu post iklan, nanti kena kick dri group;
Assalamualaikum kawan2. Kalau kawan2 ada nak beli produk X boleh beli dengan saya. Saya boleh bagi harga special. Dapat murah sikit berbanding beli tempat lain.

  • Update laman sosial lain yang ada
Ini hanya untuk anda yang ada banyak laman sosial seperti Instagram, Twitter, Wechat, Telegram, dan sebagainya. Kalau boleh update semua laman sosial ini supaya semua orang yang ada contact dengan anda tahu apa yang anda lakukan.

  • Beritahu keluarga dan rakan terdekat
Pastikan ahli keluarga dan rakan terdekat anda tahu yang mereka boleh membeli produk X dengan anda. Mereka sudah mempercayai dan mengenali anda dengan lebih dekat. Anda tidak lagi perlu bina kepercayaan seperti yang anda perlu buat untuk menjual kepada orang asing.
  • Pilih satu produk (dropship) yang paling diminati dan cuba sendiri
Cuba beli satu produk (dropship) yang paling anda minat dan paling dekat dengan keperluan anda. Beli, guna, fahami flow yang dilalui oleh bakal pelanggan anda sehingga dia menerima produk yang dipesan.
Ada 2 kebaikan dari teknik ini.
  • Supaya anda dapat duduk ditempat bakal pelanggan anda. Pengalaman ini penting kerana ia menentukan cara anda menguruskan dan memahami masalah dan kehendak bakal pelanggan
  • Promosikan produk yang anda sudah guna tadi kepada bakal pelanggan. Pastinya skrip jualan anda lebih tepat, kemas, mudah ditulis jika anda pernah gunakan produk yang dipromosikan berbanding produk yang belum pernah dicuba.
  • Mula tulis blog secara konsisten
Buat blog sendiri tidak lagi susah dengan adanya platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Apa yang susah ialah untuk konsisten menulis.

Tahukah anda, blog merupakan platform yang sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembaca. Potensi posting diblog pula jauh lebih besar berbanding posting di Facebook. Ini kerana, posting di blog membolehkan pelawat menemuinya melalui google search.

Selain itu, dengan menulis secara konsisten di blog, anda secara tidak langsung membina minat dan kepercayaan orang kepada anda dan apa yang anda buat. Setiap posting yang anda buat di blog pula anda boleh share di laman sosial seperti biasa.

  • Buat tawaran jualan pembukaan
Selepas menjadi ahli dropship, anda masih tidak mempunyai track record yang meyakinkan bakal pembeli. Pembeli pertama adalah penting. Jadi apa kata anda buat tawaran jualan pembukaan yang paling menarik dengan syarat bakal pelanggan akan memberikan feedback kepada anda & testimonial pengalaman pembelian yang positif tentang anda?

Cuba salah satu dari pilihan berikut.
a. Tawaran jualan pembukaan 1 pelanggan sahaja : Diskaun sama dengan diskaun yang anda nikmati sebagai ahli dropship (jual tanpa untung). Buat perjanjian dengan bakal pelanggan yang beliau akan memberikan testimoni positif di whatsapp berkenaan pengalaman pembelian mereka dengan anda.
b. Tawaran jualan pembukaan 5 pelanggan pertama : Tawarkan diskaun paling tinggi atau penghantaran percuma dengan syarat yang sama seperti di atas.

SAYA DAH CUBA & DAPAT MENJUAL!!
SEKARANG GILIRAN ANDA

Jangan Lupa FREEGIFT ini

Tools Terbaik

Suka BISNES?? LIKE Bisnes!

PROMOSI TERKINI!

PANDUAN PERCUMA!

Popular Posts