Mari Saya Tunjukkan Kepada Anda!
Cara Untuk Lajukan Jualan &
Habiskan Stok Produk Anda Dengan
Menjual Di Lazada!
Ada Juga Cuba Jual
Online Kat Facebook!
Orang kata! Sekarang ni ramai
orang ada kat facebook! Semua
orang ada akaun facebook! kat
Malaysia ni.. ada 24 juta
orang ada akaun facebook!
jadi.. cubalah jual kat
facebook!
Adalah juga cuba-cuba buat
iklan jual barang kat
facebook!
Dapat banyak juga
orang
reply PM..PM..PM..... TAPI
bila dah PM diorang... diorang tak
beli pun! Huh!
Bila buat iklan kat
group-group iklan pulak..... letih
uiii.. tak sampai 5 minit buat
post.. iklan kita terus
terbenam ke bawah.. takde sape
tengok pun! Semua orang sibuk
buat post nak jual barang
masing-masing! Hareemm!
Buat Website E-commerce?
Ada juga terfikir juga nak
buat web e-commerce sendiri...
tapi... Pening! Terlalu banyak
perkara teknikal!
Macam mana nak buat website?
Macam mana nak beli Domain?
Nak beli Hosting lagi? Nak
setup web ecommerce tu lagi!
Nak upah orang... boleh tahan
"keras" juga harganya!
Tak masuk lagi bab website
down, web kena hack.... hu
hu.. Itu baru bab nak buat
web... belum lagi bab
marketing!
Bukan senang nak tarik pelawat
masuk website...!
Kena keluar kos lagi untuk
buat iklan untuk tarik pelawat
masuk ke website!
Kerja-kerja nak tarik pelawat
ni pula bukan kaleng-kaleng...
banyak ilmu juga nak kena
belajar dan benda nak kena
buat.
Kalau dah sibuk buat
benda-benda tu.. bila masa
pulak saya nak urus stok, nak
buat pembungkusan, nak hantar
barang untuk pos lagi.. nak
uruskan hal-hal lain pasal
bisnes lagi!
Fuh!...
Saya faham semua itu.....
Lazada! Setelkan Semuanya!.
Sebab itulah... saya rekemen
anda gunakan lazada!
Apabila anda meletak dan
menjual produk anda di
Lazada... banyak masalah yang
boleh anda selesaikan!
1. Pasaran Anda Lebih
Luas!
Ya! Anda tidak perlu lagi
risau menunggu-nunggu orang
yang tinggal di kawasan
sekeliling kedai anda untuk
datang dan membeli di kedai
anda!. Apabila anda berniaga
di lazada... orang dari
seluruh malaysia boleh beli
produk anda! Tak perlu lagi
bergantung kepada orang-orang
di kawasan sekitar anda lagi!
2. Beroperasi 24 JAM!
Ah ah! Ini yang bestnya bila
anda jual produk di lazada..
tak kira bila-bila masa..
pukul 2 pagi sewaktu anda
sedang tidur pun, orang ramai
masih boleh beli produk anda!
3. Tak Perlu Layan
Berjela-jela!
Apa lagi yang lebih best!...
Anda tak perlu lagi layan
bakal pembeli anda
berjela-jela di PM atau di
wassap! Jika mereka berminat..
mereka akan terus beli.. dan
anda.. hanya perlu pos sahaja
ikut pesanan yang diterima!
Tak perlu lagi buang masa
berjam-jam reply wasap atau PM
kat facebook!
4. Kos Rendah & Tiada
Masalah Teknikal!
Ya.. untuk berniaga di
lazada..anda tak perlu beli
domain.. beli hosting..
mahupun buat website.. disitu,
anda sudah jimat beratus atau
beribu ringgit! Kos untuk buka
kedai di lazada adalah
PERCUMA!.. Anda hanya akan
dikenakan caj sekitar 2%
sahaja apabila produk anda
terjual!... Kalau tak
terjual.. tak perlu bayar
apa-apa... Jimat giler! Di
lazada juga, tidak ada masalah
server down, atau masalah
website di hack!
5. Pelawat Ramai
Giler!
Ini kelebihan yang paling
utama apabila berniaga di
Lazada! Pelawat Ramai Gileerr!
Sekitar 500 ribu pelawat
sehari!Kalah bilangan pelawat
jika anda buka kedai di KLCC
sekalipun! Apa yang lebih
menarik lagi.. pelawat-pelawat
ini pula sememangnya pelawat
yang mempunyai "keinginan
membeli" yang tinggi! Dan..
itulah sebab utama mereka
masuk ke laman web lazada...
sebab mereka nak beli sesuatu!
Tidak seperti Facebook atau
Instagram.. dimana, pelawat
yang masuk ke website
tersebut, adalah lebih kepada
ingin bersosial sahaja! Just
nak tengok cerita dan
perkembangan rakan-rakan
mereka.. bukan sebab nak
membeli!
Dibawah ini adalah statistik
anggaran pelawat di lazada
setiap bulan!
Jualan Mencecah 6 Angka Sehari!
Boleh dikatakan.. hampir
setiap bulan, pihak Lazada
akan buat kempen pemasaran
! Contohnya seperti Kempen 11.11
dan juga kempen 12.12 yang
selalu dilakukan oleh pihak
lazada setiap tahun!
Kempen-kempen ini sebenarnya
banyak memberi impak dan
manfat kepada peniaga-peniaga
yang berniaga di Lazada!
Mereka tidak lagi perlu
keluarkan kos marketing
beribu-ribu ringgit! Pihak
Lazada yang akan buat dan
tanggung kos marketing
tersebut! Tugas kita... hanya
menjual sahaja!
Tahun lepas, sewaktu kempen
11.11 di jalankan, ada peniaga
yang berjaya menjana jualan sehingga
6 Angka dalam tempoh
sehari sahaja!
Ini adalah bukti jualan sebenar seorang peniaga
di Lazada dalam tempoh 1 hari sahaja, iaitu semasa kempen 11.11 dijalankan!
Baiklah! Jualan 6 angka sehari
diatas mungkin agak melampau!
Peniaga tu mungkin seorang peniaga
yang dah lama.. dah ada banyak
pengalaman.. stok barang
diorang pun ada sangat banyak!
Apa kata kita cuba
lihat pula hasil
peniaga-peniaga yang lain,
iaitu peniaga-peniaga kecilan
seperti saya... Rata-ratanya,
berjaya menjana jualan 4 angka
sehari sewaktu kempen jualan
diadakan oleh pihak Lazada!
Disini!
Saya tidaklah menjanjikan anda
akan turut sama berjaya
mendapatkan jualan 4,5 atau 6
angka sehari di Lazada!
Tetapi, saya cuma berkongsikan
potensi jualan yang mungkin
boleh diraih oleh anda
menerusi platform Lazada ini!
Buktinya, sudah ada yang
berjaya menjana jualan
setinggi itu dan ia bukanlah
sesuatu yang mustahil!
Tapi Awas! Anda Juga
Mungkin Boleh Rugi!
Ada juga saya dengar, ada
beberapa orang yang main cuba-cuba sendiri
untuk menjual di Lazada ni.. tetapi
akhirnya mereka rugi!
Puncanya... mereka tidak faham cara sebenar berniaga di Lazada.
Saya
sendiri pernah mengalami kerugian
yang teruk untuk order pertama
yang saya terima di Lazada!
Puncanya, adalah disebabkan
saya tidak begitu mahir
tentang bagaimana proses penjualan dan penghantaran di
Lazada
dijalankan... walaupun pada
waktu itu, saya telah menghadiri kursus secara online di
Lazada University dan telah dapat sijil hadir latihan dan ujian dengan
jayanya.
Namun teori tidak seindah praktikal…
Selepas meletakkan barang saya di website Lazada,
untuk hari pertama sahaja saya telah berjaya mendapat 5 order!
Dalam tempoh kurang semiggu, 5 barang tersebut
telah selamat sampai kepada pelanggan, tetapi mengikut rekod Lazada.. saya
masih belum hantar barang tersebut!
Fuh! Masak!
Akhirnya duit yang dibayar
oleh pelanggan dipulangkan
semula oleh pihak lazada
kepada pelanggan tersebut!!
Kiranya pelanggan dapat barang free dan
saya pula kerugian hampir RM500 untuk tempoh sehari.
Tapi
itu adalah cerita 5 tahun dulu, ia menjadi pengajaran
yang sangat berguna kepada saya
untuk mengkaji dengan lebih
mendalam dan tepat tentang
selok belok berniaga di
Lazada!
Sekarang?
Alhamdulillah...
saya telah berjaya menjana sehingga 5 angka sebulan di Lazada.
Ramai juga yang bertanya dan meminta nasihat..... bagaimana
saya berjaya memperolehi
jualan sehingga 5 angka dengan
hanya menjual di Lazada?
Sebab itulah... saya tulis dan hasilkan sebuah
panduan mengenainya!
Memperkenalkan! Panduan
Lengkap Menjual Barang Di
Lazada!
Apa Yang Terkandung Di Dalam
Ebook Panduan Bisnes Lazada Ini?
Dalam ebook panduan ini, saya dah
tulis dan tunjukkan siap-siap.
Secara langkah demi langkah, dari
mula daftar akaun di Lazada, cara
nak masukkan barang hinggalah
sampai kepada cara nak pos barang tu
kepada pembeli!
Ia memang complete!
Antara perkara-perkara penting
yang saya tulis di dalam ebook ini
ialah..
- Cara
Daftar Sebagai Seller Di Lazada
Saya tunjukkan langkah demi langkah
secara bergambar, bagaimana untuk
mendaftar dengan betul untuk menjadi
penjual di Lazada. - Cara Listing Produk Yang
Tepat!
Ada beberapa kaedah yang boleh anda
gunakan untuk menyenaraikan produk anda
di website Lazada. Dalam ebook ini, saya
tunjukkan secara bergambar step-by-step
bagaimana melakukannya. Ada beberapa
bahagian penting yang perlu anda titik
beratkan sewaktu membuat penyenaraian
barangan anda. Jika anda tidak "cakna"
tentang perkara ini, anda mungkin akan
mengalami kerugian! - Cara Proses Order!
Ah ha! Mungkin bunyi macam mudah... Apa
yang susahnya? Bila dah dapat order...
hantar sahajalah barang tu kepada
customer! Tapi... Disinilah kesilapan
yang telah saya lakukan dan menyebabkan
saya kerugian RM500 untuk order pertama
yang saya terima di Lazada! Semuanya
hanya disebabkan saya terlupa klik satu
"Link" pada bahagian memproses tempahan
ini! - Cara Selesaikan Masalah
Pelanggan!
Ya! Setelah anda berjaya menjual
kepada ramai orang, pastinya akan
wujud satu dua masalah yang
perlu anda hadapi! Antaranya seperti
barangan tidak sampai kepada
pelanggan, barang rosak apabila
sampai ke tangan pelanggan dan
sebagainya! Jadi, ada satu bab dalam
ebook ini saya ceritakan, bagaimana
untuk menangani masalah tersebut
dengan profesional. - Cara Promosi Produk Anda Di
Lazada!
Walaupun di Lazada sudah ada berjuta
pelawat sebulan, tetapi anda juga
perlu lakukan sedikit promosi agar
barang anda dapat menarik perhatian
pembeli dan membolehkan barangan
anda terjual dengan lebih cepat dan
lebih banyak. Pihak Lazada sudah
menyediakan 7 tools yang boleh anda
gunakan untuk mempromosikan barangan
anda! Saya tunjukkan setiap satu
cara menggunakannya! - Cara Design Lazada Store
Anda!
Susunatur kedai yang cantik dan
kelihatan profesional akan membantu
Lazada store anda untuk lebih menonjol
berbanding kedai lain. Ia juga akan
mempengaruhi keyakinan pelanggan untuk
membeli di kedai anda! Saya tunjukkan
juga bagaimana cara untuk melakukannya! - Cara Promosi Lazada Store
Anda!
Ada 7 cara yang boleh anda lakukan untuk
mempromosikan kedai Lazada anda!
Semuanya dilakukan secara Percuma
sahaja! - Sumber Borong Produk
Ada beberapa tempat dan website yang
boleh anda gunakan untuk mendapatkan
sumber produk secara borong! Saya
kongsikan sumber tersebut - Cara Jual Produk Secara
Dropship!
Ah ha! Nak jual produk secara
Dropship di Lazada ni ada lain
sikit! Tak sama seperti anda menjual
produk dropship di Shopee, Facebook
ataupun Instagram! Dalam panduan
ini, ada satu bab khusus, saya
tunjukkan cara yang sebetulnya...
bagaimana mahu menjual produk secara
dropship di Lazada!
Berminat Nak Dapatkan Ebook Panduan Ini?
Ops! Sebelum itu! Saya minta maaf
terlebih dahulu dan saya mahu
berterus-terang dengan anda! Ebook
ini bukanlah sesuai untuk semua
orang... Antara orang yang tidak
sesuai untuk mendapatkan ebook ini
ialah.
- Orang Yang Sudah
Lama Berniaga Di Lazada!
Ya! Jika anda sudah lama berniaga di
Lazada, ebook ini mungkin kurang sesuai
untuk anda! Anda mungkin sudah selesa
dan gembira dengan teknik yang anda
gunakan! Jadi anda tidak perlu dapatkan
ebook ini! . - Orang Yang Tidak Pernah
Membeli Di Lazada
Untuk menjadi seorang penjual di Lazada,
maka, anda perlu percaya pada platform
Lazada ini dan perlu mempunyai
pengalaman membeli di Lazada terlebih
dahulu. Jika anda tidak pernah membeli
di Lazada sama ada sebab "takut ditipu"
atau sebab "tidak faham" cara membeli di
Lazada. Anda perlu buang dahulu perasaan
takut itu dan perlu belajar dahulu cara
membeli. Jika "cara membeli" pun anda
tidak faham, maka, anda pasti tidak akan
faham "cara menjual", kerana "cara
menjual" adalah 10x ganda lebih rumit
dari "cara membeli". - Orang Yang Langsung Tiada
Sebarang Idea / Produk Untuk Dijual!
Jika anda masih belum mempunyai sebarang
produk atau langsung tiada sebarang idea
mahu menjual apa? Anda juga tidak
digalakkan mendapatkan ebook ini! Saya
sarankan anda download dulu ebook
"6 Website Supplier"
dibawah dan dapatkan dahulu idea
atau produk yang mahu dijual! Kemudian,
baru dapatkan ebook panduan bisnes
lazada ini!