Pernahkah anda terfikir? Mengapa anda boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?
Ianya adalah kerana, anda DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU anda!

Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu anda lah yang telah banyak membentuk peribadi anda hari ini. Masihkah anda ingat, ibu anda membuat sarapan pagi untuk anda ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak & menyediakan makanan tengahari sewaktu anda pulang, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.

Ibu anda dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa!Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.

Tidak dinafikan zaman sudah berubah, jika dulu, hanya si bapa/suami yang bekerja, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tetapi kini, untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.

Tetapi, bagi saya! Ia sebenarnya tidak banyak berubah, zaman dulu pun, ramai golongan ibu yang bekerja. Apa yang sedikit berbeza, mereka bekerja dari rumah. Antara pekerjaan yang mereka lakukan di rumah adalah seperti mengambil upah menjahit, membuat kuih, menganyam tikar dan sebagainya. Pekerjaan ini, serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarga. Tetapi, apabila zaman berubah, ia sudah tidak relevan dan tidak mencukupi..

MASALAH ZAMAN INDUSTRI..



Zaman industri, membawa paradigma moden yang meninggalkan kesan sampingan yang agak buruk. Ibu-ibu yang bekerja di rumah di katakan ketinggalan zaman dan tidak maju. Golongan isteri atau wanita, disarankan untuk turut bekerja di luar (kilang/pejabat) seperti mana golongan lelaki bekerja untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan yang lebih baik untuk membina hidup yang lebih selesa.

Walaupun trend ini nampak bagus dan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga. Namun, dari aspek yang lain, ia memberikan kesan sampingan yang sukar disedari. Akibat daripada trend ini, institusi keluarga serba-sedikit mula terancam dan terabai. Masa bersama (quality time) di antara ibu dengan anak-anak menjadi semakin kurang. Tiada lagi ciuman ibu di pipi sewaktu pergi ke sekolah, tiada lagi masakan dan air tangan ibu apabila pulang dari sekolah di tengahari, tiada lagi si ibu yang menemani si anak bermain di taman di waktu petang, dan tiada lagi si ibu yang memberi tunjuk ajar dan membantu anak-anak membuat kerja sekolah di waktu malam. Anak-anak dibiarkan keseorangan dan perlu berdikari, kerana ibu-bapa sibuk bekerja di luar rumah. Lebih parah lagi, tugas yang seharusnya digalas oleh seorang ibu itu, diberikan pula kepada pihak lain , iaitu.... orang gaji / pembantu rumah, yang sudah pastinya, memberikan "kesan" yang lain.

Trend ini sebenarnya memberikan kesan buruk untuk masa yang panjang, akibat & kesannya, kita boleh lihat pada hari ini. Masalah & gejala sosial anak-anak semakin menjadi-jadi. Semuanya berpunca daripada kurangnya "quality time" yang diluangkan oleh ibu-bapa untuk mengawasi, mendidik, berinteraksi dan juga memberikan kasih-sayang kepada anak-anak mereka. Anak-anak, merasakan ibu-bapa sudah tidak mempedulikan mereka dan semakin hari semakin semkin hanyut dengan kesibukan mengejar material dan urusan di luar.

Tidak hairanlah jika ibu bapa tidak tahu apa perkembangan anak-anak sendiri. Seringkali ramai ibu bapa memuji dan mengatakan:

“Anak saya baik dan mendengar kata.”

“Anak saya tidak melakukan perkara tidak senonoh diluar.”

“Anak saya sopan apabila berada di rumah malah kelakuan terjaga.”
Ramai berpandangan hidup mereka selesa, gembira kerana ibu dan bapa bekerja keras untuk menikmati kemewahan dan keselesaan kehidupan. Namun seringkali, sentiasa sahaja menghadapi masalah yang sama, tidak cukup wang, masih juga tinggal rumah yang sama sejak 30 tahun lalu.

Peredaran masa, anak-anak semakin membesar dan mula mencari haluan masing-masing. Kembali kepada putaran yang asal, mengabaikan ibu bapa pula sebagaimana yang telah dilakukan ibu bapa kepada anak-anak.

SEDARLAH HAKIKAT INI..

Jika anda adalah seorang ibu dan juga wanita yang bekerja di luar rumah, saya pasti anda menyedari tentang hakikat ini. Anda sedar, waktu anda untuk bersama anak-anak terlalu singkat. Seboleh mungkin, jiwa & naluri anda meronta-ronta ingin tinggal di rumah dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Melihat setiap detik & saat-saat mereka membesar, mendidik dan juga memberikan mereka kasih-sayang sepenuhnya. Tetapi, situasi dan kedudukan kewangan semasa, memaksa anda untuk melenyapkan sahaja impian anda itu.

ZAMAN TEKNOLOGI MEMBERI HARAPAN BARU..

Kini, kita berada di zaman teknologi. Ianya memberikan satu nafas baru kepada golongan-golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.

Pada zaman dulu, memang tidak dinafikan, berapa sangatlah pendapatan yang boleh diperolehi dengan mengambil upah menjahit baju? Membuat kuih? Ataupun menganyam tikar? Pendapatannya terbatas disebabkan pasarannya yang kecil, iaitu, pelanggannya hanyalah dari sekitar-sekitar orang di kampung sahaja.

Tetapi kini, teknologi internet, menjadikan aktiviti tersebut kembali relevan dan beranjak kepada satu tahap yang baru. Tempahan baju dan tempahan kuih kini tidak lagi hanya tertakluk kepada pasaran setempat sekitar kampung sahaja, tetapi ianya mampu menjangkau ke luar daerah, negeri mahupun negara.

Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.

Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.

MASA UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN..



Jangan berkata "Saya tidak punya pilihan!"


Berikan peluang kepada diri anda! "Pilihan", sentiasa ada. Cuma anda yang perlu menentukan sama ada anda "mahu" atau "tidak" menerima pilihan itu.


Waktu ini, sudah ramai yang menyedari tentang kelebihan "bekerja di rumah", ramai yang telah mengorak langkah dan menjadikan impian mereka suatu realiti. Dijangkakan, trend ibu bekerja di rumah ini akan terus meningkat dan menjadi satu trend pada masa hadapan.

Usah terkejut, suatu hari nanti, golongan-golongan ibu yang lain akan terkejut jika mereka mendengar, anda masih lagi bekerja di pejabat!
Mungkin dialognya... "Hah? Anak dah 3 tapi masih bekerja di pejabat?"

Dimasa hadapan, dialog ini mungkin akan mengambarkan anda adalah seorang yang ketinggalan zaman, tidak bertanggungjawap kepada keluarga dan juga seorang yang tidak kukuh kewangannya dan sentiasa hidup dalam kemurungan kerana masih "terpaksa" bekerja di pejabat.

Bagaimana? Jangan sampai pada tahap itu, barulah anda terhegeh-hegeh hendak bertindak..

BINA TAPAK ANDA SEKARANG

Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.

PERMUDAHKAN & PERCEPATKAN IMPIAN ANDA!

Jika anda ingin memudahkan perancangan serta usaha anda, untuk merealisasikan impian anda bekerja di rumah. Disini, saya telah menghasilkan sebuah ebook "Panduan Bekerja Di Rumah", ianya khas untuk golongan wanita / isteri dan juga Ibu.

 Dapatkan PERCUMA
Dapatkan PERCUMA




Jangan Lupa FREEGIFT ini

Tools Terbaik

Suka BISNES?? LIKE Bisnes!

PROMOSI TERKINI!

PANDUAN PERCUMA!

Popular Posts