Mari Saya Tunjukkan Cara, Bagaimana Berniaga Di Shopee Sehingga Mampu Menjana  Sale 4 Angka Seminggu Walaupun Secara Sambil-Sambilan Je!

Assalammualaikum & salam sejahtera!.

Ya! Sekarang ni.. siapa je yang tak tahu pasal shopee?
Shopee sekarang ni..... dah jadi website no 4 yang paling ramai dilawati oleh rakyat Malaysia pada setiap bulan!

Saya yakin, anda juga salah seorang daripadanya!
Termasuklah saya! Saya pun sama.... ho ho ho!
Boleh kata, setiap bulan.. mesti ada je barang yang saya beli dari shopee!

Maklumlah... kat shopee tu... sebut je barang apa yang kita nak?
Dari sekecil-kecil barang seperti butang baju... hinggalah kepada sebesar-besar barang seperti TV, Mesin basuh dan juga peti ais!
Semuanya ada dijual kat shopee tu!

Website Shopee

Rugilah.. Kalau Sekadar Jadi Pembeli Sahaja Kat Shopee tu..!

Shopee ni sebenarnya adalah sebuah marketplace! Dalam bahasa mudah.. ia macam sebuah pasar!
Tapi pasar secara online la!

Dekat pasar, mestilah ada pembeli dan juga penjual kan!
Jadi, rugilah kita kalau setiap kali kita ke pasar.. kita hanya sekadar jadi pembeli sahaja!

Apa kata kita tukar? .. Kita tukar jadi penjual dan kita buat duit pula dengan apps Shopee tu?

Kalau sebelum ini, anda dah pernah menjual di FB atau Instagram... itu lebih mudah!
Anda dah ada barang.. sekarang.. cuma perlu letak je barang-barang anda tu kat shopee!
Anda hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!
Kalau ada orang yang berminat.. mereka akan terus tekan butang order, bayar dan beli!

Tak perlu lagi pegang phone 24 jam sebab nak layan "bakal-bakal" customer kat Whatsapp yang belum tentu pun nak beli! Fuh... Letih!

Shopee...Pasaraya Terbesar Di Malaysia!


Apa yang paling menarik!
Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 40 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 1 juta lebih pelawat setiap hari!
shopee traffic
Ramai giler kan? Kalau anda buka kedai kat KLCC pun belum tentu boleh dapat pengunjung/pelawat seramai itu!

Apa yang lagi-lagi-lagi best pasal shopee ni! Pelawat-pelawat kat website/apps Shopee ini!
Mereka adalah golongan yang mempunyai keinginan membeli yang tinggi!
Sebab itulah mereka masuk/buka apps Shopee! Sebab nak beli barang!

Tidak seperti di Facebook atau Instagram.
Di Facebook & Instagram.. kebanyakkan orang.. buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja! Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang! Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit.. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!

Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di Shopee ini!
Kalau nak tahu lebih details pasal kelebihan berniaga di Shopee ni!
Download je EBOOK FREE kat bawah ni!
 
http://gg.gg/shoppebizPercuma - 16 Sebab Berniaga Di Shopee


Banyak Ke Dapat Sale Kat Shopee?.

Pendapatan Di Shopee
Ini adalah screenshoot dari salah satu akaun saya di Shopee!
Nak cakap banyak sangat tu! Takderlah banyak sangat! Tapi Alhamdulillah, setiap minggu, bolehlah konsisten dapat jualan 4 angka!

Manakala yang bawah ini pula adalah jualan keseluruhan salah satu kedai Shopee saya!

Buat Duit Di Shopee

Al-Kisahnya.....!

Pada mulanya, saya berniaga di Shopee ini senyap-senyap je!
Saya buat sendiri-sendiri je... Memang takder lah nak mengajar atau bagitahu kat sesiapa pun!

Tapi! Pandangan saya berubah apabila saya bertemu dengan beberapa orang kenalan rapat yang mengadu kepada saya tentang masalah mereka untuk menjana pendapatan sampingan serta mendapatkan jualan bagi perniagaan mereka!

Ini kisah mereka...

Kisah #1 - Mr Goon, Pemilik Kedai Baju Yang Hampir Tutup!

Mr Goon ini adalah pemilik kedai menjual pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air, sebelum ini dia dah ada 4 buah kedai, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya jatuh merosot, 3 kedainya terpaksa ditutup dan dia hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja yang terus dibuka sebab mahu mengurangkan kos. Dia ada ceritakan masalah yang dihadapi kepada saya dan dia  tidak pasti sampai bilakah 1 kedai dia tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari.

Saya pun ceritalah kat dia macam mana cara saya menjual di Shopee. Tanpa berlengah, dia pun cuba  mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee dia, hasilnya, pendapatan dia  kini semakin meningkat dengan kos yang menurun, dia  berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee.

Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung kompleks tersebut, kini pakaian yang di jual telah sampai ke seluruh Malaysia.  Sekarang dia dah buka 4 kedai baru, tapi bukan kedai kat  kompleks tu... tetapi kedai di Shopee dengan pelbagai nama.


Kisah #2 - En. Rahman, Gaji Tak Cukup & OT Kena Sekat!

En Rahman ni usianya sudah 50 tahun, dia seorang pekerja kerajaan pangkat biasa-biasa sahaja. Bila jumpa dia, selalu dia merungut tentang pendapatannya yang tidak cukup dan OT yang telah disekat.

Jadi, saya pun perkenalkan Shopee kepada dia. Walaupun dia adalah seorang yang boleh dikatakan agak berumur dan buta IT, tetapi dia mudah faham apabila menggunakan Apps Shopee ini.

Dengan hanya berbekalkan handphone Samsung Galaxy yang ada, dia telah mendownload Apps Shopee dan mula belajar.

Sebelum itu, dia kerap membeli produk menambah kekuatan tenaga lelaki daripada seorang penjual. Jadi, saya cadangkan kepada dia untuk bertanya kepada penjual itu, samada penjual tu ada menawarkan dropship atau borong.

Nasib dia baik sebab penjual tu bersetuju menawarkan dropship kepadanya dan keuntungan setiap barang agak lumayan!  RM50 untung bersih untuk satu produk.

En Rahman pun cuba-cuba memasukkan info produk tersebut di dalam kedai Shopeenya, dan tidak lama selepas itu, dia dapat pelanggan pertama. Apa lagi, terus dia call penjual tadi tu dan tempah produk daripada penjual itu. Kemudian penjual itu terus hantar produk tu kepada pembelinya. Dalam minggu pertama, dia dah berjaya dapat 10 orang pembeli dengan keuntungan bersih sebanyak RM500 seminggu. Sekarang kedai En. Rahman semakin hebat dengan beratus-ratus jenis produk, pelanggan semakin bertambah dan dia  tidak lagi memerlukan OT dan sedang berkira-kira untuk pencen awal.

Kisah #3 - Kartini, Awek Baru Lepas Grad!

Cik Kartini, 25 tahun seorang lulusan Ijazah daripada universiti tempatan, dia gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya walaupun telah hadir berpuluh-puluh temuduga.

Bagi menampung pendapatan, dan membantu ibu bapanya, dia telah bekerja di sebuah supermarket berhampiran rumahnya sebagai promoter. Gaji yang dia  terima adalah untuk kelayakan SPM sahaja, tetapi memandangkan peluang kerjaya masih belum ada untuknya, dia teruskan juga bekerja disitu.

Apabila saya menerangkan tentang konsep Shopee kepada dia dan dia menggunakan kelebihan bekerja disitu dan mengamalkan Teknik Firefighter (ada saya kongsikan dalam ebook), dia semakin seronok bekerja sambil-sambil menjual di Shopee, sekarang pendapatan dari Shopee dia dah cecah 5 kali ganda daripada gaji seorang promoter. Dia masih lagi bekerja sebagai promoter sambil-sambil ber"Shopee" kerana bisnes Shopee yang dia lakukan itu tidak langsung mengganggu kerja dia sebagai promoter!

Kisah #4 - Puan Jamilah,  Kerani Yang Selalu Sakit!

Puan Jamilah, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan saya terpanggil untuk mengajar dia menjual di Shopee.

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya. Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.

Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.

Hah!... begitulah kisahnya!
Setelah saya bertemu dan mengajarkan beberapa orang kenalan saya ini tentang Shopee dan melihat sendiri bagaimana Shopee ini dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik!

Ianya telah mengubah pandangan dan menyuntik semangat saya untuk mengajarkan tentang Bisnes di Shopee ini kepada lebih ramai orang lagi!

Jadi.. saya pun mengambil keputusan untuk meluangkan masa menulis sebuah panduan berniaga di Shopee secara langkah demi langkah!  Selepas hampir 3 bulan mencuri-curi masa di dalam kesibukan mengurus order di Shopee...

Akhirnya.. terhasil lah....

Ebook Bisnes Shopee!!.
(Versi 6.0 - Dikemaskini Okt 2020)

Ebook Bisnes Shopee
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.



Hah!! Dalam ebook panduan ini, saya dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Shopee, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada nak pos barang tu kepada pembeli!

Memang complete!

Antara perkara-perkara penting yang saya tulis di dalam ebook ini ialah..

Berminat Nak Dapatkan Ebook Ini?.

Ops! Sebelum itu! Saya minta maaf terlebih dahulu dan saya mahu berterus-terang dengan anda!
Ebook ini bukanlah sesuai untuk semua orang... Antara orang yang tidak sesuai untuk mendapatkan ebook ini ialah.

Sudah Bersedia Untuk Dapatkan Ebook Ini?.

Baiklah! Jika anda tidak tergolong dalam 3 golongan yang saya sebutkan diatas dan anda betul-betul berminat untuk dapatan ebook ini!

Saya ada berita gembira untuk anda!

Jika anda dapatkan ebook Bisnes Shopee ini hari ini juga! Saya akan berikan anda 3 ebook BONUS Istimewa yang dapat melengkapkan lagi ilmu anda untuk berniaga di Shopee!


3 Buah Ebook Bonus Special kepada 100 pengguna terawal!


 


Jangan Lupa FREEGIFT ini

Tools Terbaik

Suka BISNES?? LIKE Bisnes!

PROMOSI TERKINI!

PANDUAN PERCUMA!

Popular Posts