Bagi rakan-rakan yg masih ragu2 & baru & ingin mencuba ceburi bisnes dropship, disini saya kongsikan beberapa cara2 senang utk anda bermula. Semuanya FREE!! anda boleh cuba setiap method di bawah dan dapatkan feedback, tak mustahil juga anda akan terus dapat order pertama!!

  • Update status facebook peribadi
Kawan-kawan kita di facebook biasanya terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada yang kita kenal rapat, ada juga yang kita kenal tidak rapat sehinggalah kepada orang yang langsung kita tidak kenal.
Update status secara umum seperti berikut;
Assalamualaikum. Ada tak sesiapa yang minat nak beli produk X? Saya boleh berikan harga istimewa. Jika berminat, boleh PM atau hubungi saya melalui whatsapp : 01X-XXX XXXX.

  • Tanya di group Whatsapp
Kita pastinya mempunyai group whatsapp samada group untuk keluarga, rakan sekolah lama, rakan gosip tempat kerja, group setaman perumahan, group sesurau/semasjid dan seumpamanya.
Gunakan group ini dengan update mesej seperti berikut; elok mulakan dgn pertanyaan, jgn sekali2 melulu post iklan, nanti kena kick dri group;
Assalamualaikum kawan2. Kalau kawan2 ada nak beli produk X boleh beli dengan saya. Saya boleh bagi harga special. Dapat murah sikit berbanding beli tempat lain.

  • Update laman sosial lain yang ada
Ini hanya untuk anda yang ada banyak laman sosial seperti Instagram, Twitter, Wechat, Telegram, dan sebagainya. Kalau boleh update semua laman sosial ini supaya semua orang yang ada contact dengan anda tahu apa yang anda lakukan.

  • Beritahu keluarga dan rakan terdekat
Pastikan ahli keluarga dan rakan terdekat anda tahu yang mereka boleh membeli produk X dengan anda. Mereka sudah mempercayai dan mengenali anda dengan lebih dekat. Anda tidak lagi perlu bina kepercayaan seperti yang anda perlu buat untuk menjual kepada orang asing.
  • Pilih satu produk (dropship) yang paling diminati dan cuba sendiri
Cuba beli satu produk (dropship) yang paling anda minat dan paling dekat dengan keperluan anda. Beli, guna, fahami flow yang dilalui oleh bakal pelanggan anda sehingga dia menerima produk yang dipesan.
Ada 2 kebaikan dari teknik ini.
  • Supaya anda dapat duduk ditempat bakal pelanggan anda. Pengalaman ini penting kerana ia menentukan cara anda menguruskan dan memahami masalah dan kehendak bakal pelanggan
  • Promosikan produk yang anda sudah guna tadi kepada bakal pelanggan. Pastinya skrip jualan anda lebih tepat, kemas, mudah ditulis jika anda pernah gunakan produk yang dipromosikan berbanding produk yang belum pernah dicuba.
  • Mula tulis blog secara konsisten
Buat blog sendiri tidak lagi susah dengan adanya platform percuma seperti blogger.com dan wordpress.com. Apa yang susah ialah untuk konsisten menulis.

Tahukah anda, blog merupakan platform yang sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembaca. Potensi posting diblog pula jauh lebih besar berbanding posting di Facebook. Ini kerana, posting di blog membolehkan pelawat menemuinya melalui google search.

Selain itu, dengan menulis secara konsisten di blog, anda secara tidak langsung membina minat dan kepercayaan orang kepada anda dan apa yang anda buat. Setiap posting yang anda buat di blog pula anda boleh share di laman sosial seperti biasa.

  • Buat tawaran jualan pembukaan
Selepas menjadi ahli dropship, anda masih tidak mempunyai track record yang meyakinkan bakal pembeli. Pembeli pertama adalah penting. Jadi apa kata anda buat tawaran jualan pembukaan yang paling menarik dengan syarat bakal pelanggan akan memberikan feedback kepada anda & testimonial pengalaman pembelian yang positif tentang anda?

Cuba salah satu dari pilihan berikut.
a. Tawaran jualan pembukaan 1 pelanggan sahaja : Diskaun sama dengan diskaun yang anda nikmati sebagai ahli dropship (jual tanpa untung). Buat perjanjian dengan bakal pelanggan yang beliau akan memberikan testimoni positif di whatsapp berkenaan pengalaman pembelian mereka dengan anda.
b. Tawaran jualan pembukaan 5 pelanggan pertama : Tawarkan diskaun paling tinggi atau penghantaran percuma dengan syarat yang sama seperti di atas.

SAYA DAH CUBA & DAPAT MENJUAL!!
SEKARANG GILIRAN ANDA

Jangan Lupa FREEGIFT ini

Tools Terbaik

Suka BISNES?? LIKE Bisnes!

PROMOSI TERKINI!

PANDUAN PERCUMA!

Popular Posts